top of page
parker-hilton-7f0u-yaOra4-unsplash.jpg

Tentang FSC

Penafian:

Rangkaian dan Hab Maklumat Perdagangan Perkayuan Tropika Lestari FSC (‘Portal’) ialah sebuah portal kandungan terbuka dalam talian yang merupakan satu inisiatif sukarela melalui usaha gabungan FSC dan FAO.

 

Struktur projek tersebut membenarkan sesiapa yang mempunyai sambungan internet untuk mengakses maklumat yang dikongsi. Sila ambil maklum bahawa tiada sebarang kandungan di sini yang telah diperiksa oleh kakitangan FSC untuk menyediakan maklumat yang lengkap, tepat dan boleh dipercayai kepada anda.

 

Tiada sebarang kandungan dalam Portal ini atau pun sebarang pernyataan FSC yang patut ditafsirkan sebagai janji atau jaminan tentang hasil perkara anda atau jangkaan anda.

 

Semua komen FSC tentang hasil penggunaan Portal ini adalah pernyataan ramalan sahaja.

 

Pengenalan: 

Terima kasih kerana mendaftar pada Portal untuk Inisiatif FSC x UN-REDD Mekong Bawah Rangkaian dan Hab Maklumat Perdagangan Perkayuan Tropika Lestari FSC (selepas ini dirujuk sebagai “Portal”). Kami di FSC Global Development GmbH (“FSC GD”) menghormati privasi anda dan mahu anda memahami cara kami mengumpul, menggunakan dan berkongsi data peribadi tentang anda selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan berkaitan dengan penggunaan Portal.

 

Pernyataan Privasi ini merangkumi amalan pengumpulan data kami dan menerangkan hak anda untuk mengakses, membetulkan atau mengehadkan penggunaan data peribadi anda oleh kami. Kecuali di mana kami menyediakan pautan pernyataan privasi yang berbeza atau rujukan ke dokumentasi privasi yang lain kepada anda, Pernyataan Privasi ini akan digunakan apabila anda mendaftar di Portal. Dengan mendaftar di Portal, anda bersetuju dengan amalan yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini.

 

Isi Kandungan:

1.         Penerangan

2.         Apa Data Peribadi yang Kami Kumpul

3.         Cara Kami Mengumpulkan Data Peribadi Anda

4.         Cara Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

5.         Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi Anda

6.         Berapa Lama Kami Menyimpan Data Peribadi Anda

7.         Keselamatan

8.         Hak Anda

9.         Kuki & Teknologi Serupa

10.       Cara Untuk Menghubungi Kami

11.       Perubahan dalam Pernyataan Privasi kami

 

 

1. Penerangan

 

Portal ini bertujuan untuk menghubungkan pembeli dan pembekal FSC bertauliah serta untuk memudahkan rangkaian tersebut dalam rantau Asia Pasifik. (selepas ini dirujuk sebagai “Tujuan”)

 

FSC GD ialah ´pengawal´ data peribadi yang anda berikan di bawah Tujuan Pernyataan Privasi ini dan www.wix.com bertindak sebagai ‘pemproses’ dalam melaksanakan Tujuan Pernyataan Privasi ini.

 

2. Apa Data Peribadi yang Kami Kumpul

 

Untuk memenuhi Tujuan Pernyataan Privasi ini, kami mungkin perlu mengumpul atau menyimpan beberapa data peribadi. Data peribadi yang kami proses boleh termasuk yang berikut:

  • Nama penuh (gelaran, nama pertama, nama tengah, nama keluarga)

  • Nama syarikat

  • Orang untuk dihubungi (cth., nama, jawatan, nombor telefon)

  • Butiran hubungan (cth., alamat)

  • Nombor telefon

  • E-mel perwakilan

  • Jenis pensijilan

  • Nombor pensijilan

  • Kod lesen

  • Maklumat produk termasuk jenis produk yang diperakui FSC dan nama dagangan produk

 

3. Cara Kami Mengumpulkan Data Peribadi Anda

 

Kami memproses data peribadi yang anda berikan kepada kami secara terus atau melalui Portal atau komunikasi susulan. Dengan mengisi Portal untuk memberikan kebenaran anda kepada kami mengikut Art. 6 prg 1 hrf. A GDPR untuk memproses data peribadi untuk Tujuan yang dinyatakan dalam pernyataan privasi ini.

 

Jika maklumat yang anda berikan perlu dibetulkan, sila nyatakan perubahan dengan menghantar e-mel kepada asiapacific@fsc.org.

 

 

4. Cara Kami Menggunakan Data Peribadi Anda

 

Kami tidak menggunakan data peribadi anda untuk apa-apa di luar Tujuan atau proses yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini.

 

Lebih terperinci lagi, kami menggunakan data peribadi anda untuk memaparkan pada Carian Pembekal di mana pengguna Portal lain juga boleh mengaksesnya.

 

5. Dengan Siapa Kami Berkongsi Data Peribadi Anda

 

Semua data peribadi yang kami proses untuk Tujuan Pernyataan Privasi ini diproses oleh kakitangan FSC Group dan kakitangan luar untuk tujuan yang dinyatakan di atas.

 

Jika data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda perlu dipindahkan dan diproses oleh pemproses berpangkalan di luar Kawasan Ekonomi Eropah (EEA), kami akan mengambil langkah seperti menyertakan klausa berkontrak ke dalam kontrak kami dengan pemproses atau pengawal sedemikian, yang akan memastikan data peribadi anda selamat dan dikendalikan dengan rapi dan mengikut Pernyataan Privasi ini. Selain itu, kami tidak akan berkongsi data peribadi dengan pihak ketiga yang lain, melainkan diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini atau diperlukan untuk berbuat demikian oleh undang-undang.

 

6. Berapa Lama Kami Menyimpan Data Peribadi Anda

 

Kami akan menyimpan data peribadi anda selama 7 tahun selepas pembatalan pendaftaran di Portal.

 

7. Keselamatan

 

Kami komited untuk memastikan privasi data peribadi anda. Demi mengelakkan akses atau pendedahan maklumat tanpa kebenaran, kami telah menyediakan prosedur secara fizikal, elektronik dan pengurusan yang sesuai untuk melindungi dan menjamin data peribadi yang kami kumpulkan secara dalam talian.

 

8. Hak Anda

 

Kami ingin memastikan anda menyedari sepenuhnya tentang semua hak perlindungan data anda. Hak-hak anda adalah seperti yang berikut:

  • Hak untuk mengakses membenarkan anda untuk menerima maklumat sama ada kami memproses data peribadi anda begitu juga dengan salinan data peribadi yang kami proses tentang anda.

  • Hak untuk pembetulan membenarkan anda membetulkan sebarang data peribadi yang tidak lengkap atau tidak tepat, namun, kami perlu mengesahkan ketepatan data peribadi baharu yang anda berikan kepada kami.

  • Hak untuk penghapusan membenarkan anda meminta kami untuk memadam atau membuang data peribadi di mana tiada sebab atau kepentingan sah untuk kami terus memproses data tersebut.

  • Hak untuk mengehadkan pemprosesan membenarkan anda meminta kami menggantung pemprosesan data peribadi anda di bawah keadaan tertentu.

  • Hak untuk kemudahalihan data membenarkan anda meminta kami memberikan kepada anda atau pihak ketiga pilihan anda dengan data peribadi yang anda berikan kepada kami (dalam format berstruktur, lazim digunakan, boleh dibaca oleh mesin).

  • Hak untuk membantah membenarkan anda membantah tentang proses data peribadi anda di mana kami bergantung kepada kepentingan sah kami sebagai asas undang-undang. Dalam sesetengah kes, kami mungkin menunjukkan bahawa kami mempunyai alasan sah yang mendorong pemprosesan data peribadi anda yang mengatasi hak dan kebebasan anda.

  • Hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data yang kompeten. Bagaimanapun, kami menghargai peluang untuk mengendalikan kebimbangan anda, jadi jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai pemprosesan data peribadi anda, sila hubungi kami di privacy@fsc.org.

 

Jika anda mahu menggunakan salah satu hak perlindungan data anda, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami di privacy@fsc.org atau Pegawai Perlindungan Data kami di butiran hubungan yang ditetapkan di bawah.

 

 

9. Cara Untuk Menghubungi Kami

Jika anda mempunyai pertanyaan tentang Pernyataan Privasi ini, data peribadi anda yang kami simpan atau anda mahu menggunakan salah satu hak perlindungan data anda, sila hubungi kami:

E-mel kami di: privacy@fsc.org

Alamat Pos dan butiran lanjut tentang syarikat:

 

FSC Global Development GmbH,

Adenauerallee 134, 53113 Bonn, Germany

Phone: 0049 (0) 228 36766 0

Fax: 0049 (0) 228 36766 30

Managing Director: Kim Bering Becker Carstensen

Commercial register: Bonn HRB 15990

VAT-Ident-No: DE258067376

 

Jika anda mempunyai aduan tentang penggunaan data peribadi anda oleh kami, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data untuk menyampaikan aduan anda:

 

Scheja & Partner Rechtsanwälte

Mr. Boris Reibach

Adenauerallee 136, 53113 Bonn

Tel.: +49 (0) 228-227 226-0

Fax: +49 (0) 228-227 226-26

E-mail: info@scheja-partner.de

Contact form: http://www.scheja-partner.de/kontakt/kontakt.html

Website: www.scheja-partner.de

 

 

10. Perubahan dalam Pernyataan Privasi kami

                                                                                   

Kami berhak untuk mengubah Pernyataan Privasi ini secara sepihak dari masa ke masa untuk memastikan bahawa pernyataan ini mematuhi keperluan undang-undang semasa atau untuk melaksanakan perubahan kepada Perkhidmatan kami dalam Pernyataan Privasi, sebagai contoh, apabila memperkenalkan perkhidmatan baharu.

Dalam hal ini FSC GD akan menghantar pemberitahuan berkenaan sebarang perubahan kepada alamat e-mel anda yang dimiliki oleh FSC GD atau menyatakan pengemaskinian di Portal.

 

Pernyataan Privasi ini terakhir dikemas kini pada 17 November 2022.

 

 

Nota: Dokumen ini disediakan dalam Bahasa Inggeris. Sebarang terjemahan dalam bahasa lain disediakan untuk kemudahan sahaja. Sekiranya terdapat sebarang perselisihan atau percanggahan antara teks asal bahasa Inggeris dan terjemahannya ke dalam mana-mana bahasa lain, versi asal dalam bahasa Inggeris akan diutamakan.

bottom of page